Tuesday, 26 January 2016

Janji Khalifah

Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah. Masih dikurniakan nikmat dan dipinjamkan nyawa untuk terus beriman kepada Allah SWT . Hari ini aku nak kongsikan satu lirik lagu yang dimana bagi aku cukup mendalam maksudnya. Pertama kali aku dengar sungguh aku jatuh cinta. Aku suka sangat lagu ini. Banyak maksud mendalam dan aku tersentap.


Ke mana hilang janji & sumpah setia
Menjadi hamba yang Esa
Walau digoda indah dunia
Mengapa kini hanya tinggal kata-kata
Tenggelam dalam lumpur dosa

Kembalilah
Bernafas dalam hela syahadah

Tidakkan jatuh langit menimpa kepala
Jua tak kan retak hamparan
Bumi yang enak dipijak
Namun cukup sekali seru pemilikNya
Seluruh semesta menyerah

Sesungguhnya di akhir yang nyata
Setiap nyawa kan kembali padaNya
Dihimpun, dihitung, semua...

Semat, utuh, apa yang diikrar
Tika, jasad, dihembuskan nyawa
hanya satu yang disembah Allah

Subhanallah...Alhamdulillah...Allah...Allahuakhbar...Oh Ya Allah
Subhanallah...Alhamdulillah...Allah...Allahuakhbar...Oh Ya Allah

Tunduk dan pejamkanlah mata
Rasa kan getaran kalimahNya
Jadi nadi... dalam diri.... suci

Semat, utuh, apa yang diikrar
Tika, jasad, dihembuskan nyawa
hanya satu yang disembah Allah

Subhanallah...Alhamdulillah...Allah...Allahuakhbar...Oh Ya Allah
Subhanallah...Alhamdulillah...Allah...Allahuakhbar...Oh Ya Allah

#lagu ni tajuk dia JANJI KHALIFAH by HIJJAZ

kalau kita amati lagu ni dia mengajak kita kembali ke jalan Allah SWT. Pintu taubat sentiasa terbuka kepada sesiapa yang ingin bertaubat. Sungguh . ! Aku malu dengan Allah SWT . Aku banyak sangat buat dosa. Ingin sekali aku bertaubat. Aku sedang berusaha. Bantu aku ya Allah. Azam aku kali ni aku ingin penuhkan solat aku. Ingin berubah ke arah lebih baik.  Aku mendoakan orang disekeliling aku pun begitu juga.

Aku ingin hidup dalam keluarga yang harmoni. Berada di landasan Allah SWT yang benar. Aku takut solat aku tak diterima. Sedangkan orang yang solat pun ada solatnya tidak diterima . Apatah lagi orang yang tidak solat.  Lagu ni memberi semangat pada aku. Hayati getaran kalimah 'LAILLAHAILLALLAH.'

PS: doakan aku supaya dapat menjadi muslimah sejati disisiNYA. Doakan aku supaya terus istiqamah. Aku doakan kalian sihat sejahtera. Doakan jodohku panjang bersama si dia.amin. esok aku balik UPSI. menjalankan AMANAH yang diberikan Allah SWT kepada aku dengan baik. Dan hari khamis keputusan exam keluar  doakan aku dapat keputusan yang membanggakan ayah dan kakak2 aku. Amin.

Thursday, 21 January 2016

secret admirer

Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah. syukur masih diberi kenikmatan hidup pada hari ini. dah pagi tapi masih tak tidur lagi ? hahaha. sedangkan seharian penat spent time dengan bestfriends. sambut birthday mereka. emm  nak cerita apa ya.  banyak nak cerita ni tapi tak tahu nak mula dari mana.

cerita pasal secret admire pun best jugak. aduhhh. kau pun ade ke fiqah ?? hhaha. actually dah lama dah ada sejak sem 2. hahaha. baik sangat dia ni  kalau nak tahu dia ni la suka nasihatkan aku n motivates aku bila aku down. mula suka dia masa sem 2 . masa tu suka tengok dia buat kerja and cara dia cakap. oppsss. lupa nak bgtahu dia ni orang kedah. kedah baq hang. !

ade la kerja dalam satu team tapi dia jenis tak cakap dengan orang. aku agak je. sebab dia tak pernah nak cakap dengan aku pun. sepatah apatah lagi pandang. tapi dlm fb ramah. aku dok fikir la kenapa dia malu ke ? hahaha. selalunya orang akan takut nak tegur aku sebab dorang kata muka aku garang. hahahahahahahah. tersembur ayaq. garang tu ade la. sebab apa ntah. pakai spek kot nampak garang.

masa tu aku baru je jd mmk ni. tuptup malam tu dia pm kat fb. ucap tahniah. hahaha. pelik la mcm mana dia tahu ni. tanya jgak dia kata dia pun mmk dulu so dia tahu la. macam mana dia tahu nama penuh aku ni. hahahahaha. curious jap!  tapi takpa laaa.. aku tak pikir apa2 pun. dia bagi nasihat kata aku kena kuat . sebab payah nak jadi mmk ni. aku ni dah la sentitif. kuat nangis. hahaha.

aku tak ingat masa bila tapi ade la satu malam tu aku mimpi dia. sampai dua hari berturut2. pelik jugak tu. aku tak berani nak buat solat istikharah sebab tak tahu apa maksud tu. so aku biarkan ja. semakin hari semakin aku ingat dekat dia. dah la ade wechat n twitter dia. lagi la rasa nak tgk je nama dia muncul. baru2 ni aku putus dengan akmal dia pm aku .tanya aku ok ke. aku kata la hal peribadi.tak kan la nak cerita kot. malu la ceq. masa tu Allah je yang tahu betapa gembiranya hati aku.anis n imma pun excited terlampau. dorang siap kata lagi Allah bagi kat kau lebih baik punya. jangan sedih2. hahaah..

aku tak berharap sangat sebab aku tahu dia mesti dah ada cinta hati. sebb dia pernah bgthu kawan aku yang dia suka someone ni. orang tu kwan aku kenal. aku syak kak ya. sebab kak ya cantik, baik pulak tu. hikhik.. aku tak tahu la kenapa aku boleh suka dia siap mimpi lagi. ya Allah. adakah itu petanda. aku tak boleh la. hati tak kuat. aku hanya mampu berdoa moga Allah berikan yang baik- baik. hari2 nama nya dalam doa aku.  moga Allah makbulkan doaku. andai dia jodohku. aku terima dengan redha. andai itu tetapanMU. aku terima. *kenapa jiwang sangat pagi2 ni* .ok la . nak tidur pulak rasa.
*nama dirahsiakan buat sementara waktu


ps: doakan aku dapat jadi muslimah sejati disisiNYA.  aku doakan kalian moga sihat2 sejahtera. amin.

Wednesday, 20 January 2016

ladies kembali 2.0

Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah Allah masih mengurniakan nikmat hidup kepada aku.  hari ni dah plan nak girls day out dengan ladies kembali. apa tu ladies kembali? geng wanita gagah. bahahah. tu nama kami pilih 5 tahun lepas. lepas spm. geng perempuan perempuan 5 maju 2012. dulu selalu la keluar dengan mereka2 . tapi sejak semua dah masuk u n dah ada haluan masing2 so masa cuti sem la kami manfaatkan masa bersama. hari ni plan nak tengok wayang cerita The 5th wave. amboi cerita dia. side effect pun terasa2 je kat tepi telinge ni. macam real. belum 3d punya. mau terkeluar bijik mata *hiperbolanya aku


    okay. gambar ni paling cun mok cun. hahahaham guna hp oppo le. oppo kan muka jerawat pun idok le nmpaknyaaa. hahahaha . 





ni masa kami singgah makan roti sebelum tgk wayang katanya. alas perut tapi dlm watang perut semua berbunyi. hahahaha  .lepas solat berebut naik atas. tak nak miss seminit katanya. hahaham so dar cerita tu best giler. shera la yang suggestkan. not bad! 

lepas tengok wayang berseoul garden la kami. teringin semua. makan kemain banyak. zaty dri nak diet habis punah. hahhahaham dengan kami tak de nak diet2. bedal je semua. hahahaha . kyla je takde. kalau tak lagi havoc kot. esok katanya nak jumpa. harap jadila . aku rindu dengan akak aku sorang tu. 

so far . hari ni sangat best. terima kasih kalian. tadi masa borak2 aku rasa kita dah patut kawin dah. takde dah cerita gosip2 pasal minah tu minah ni. cerita semua mak mak punya cerita. hahahaha. aku doakan kalian kawin dulu. aku lama lagi. calon pun dah lari. kena carik baru. hihi.

ps: doakan aku dapat jadi muslimah sejati. aku doakan kalian sihat sejahtera.

Tuesday, 19 January 2016

AFILIASI WADAH DIMENSI KESATUAN

Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah. Allah masih mengurniakan nikmat kehidupan kepada aku. syukur. kali ni aku nak cerita pasal one of my behalf. keluarga kedua aku selepas family aku. and yes. aku sayang sangat kat depa-depa nih.

jap! tunjuk gambaq sat. 
jeng jeng !!! memperkenalkan AFILIASI

Dalam sidang ni ada 36 orang. dulu 37 orang  tapi sebab ada yang tarik diri sebab hal yang tak boleh dielakkan jadi tinggallah 36 orang kesayangan ni. sdih kot bila yang sorang tu keluar. nangis teresak2 even baru je kenal. dulu , duduk sebelah menyebelah pun sekadar senyum.masa mula2 masuk sidang. tapi sekarang ! duduk 2hari pun belum tentu habis cerita kau. bila aku masuk sidang ni baru aku tahu erti kaaih sayang, bekerjasama, usaha sama2 susah sama2. makan dalam dulang. dulu aku paling tak suka makan dlm dulang. tak selesa. sekarang aku la orang pertama yang akan suka and aku la orang pertama suap makanan kat mulut depa2 *perempuan je tau. kalau laki dah kira suami tu.hahaha* bila salah sorang dari kami ditimpa masalah mesti kami akan tolong. orang paling aku hormat adalah boss aka abg syidi yang susah sangat nak tengok dia marah. pernah la sekali tu buat dia marah. tapi end up aku yang nangis. hahahaha. 

orang kedua yang aku sayang n hormat adalah umi aka kak siana. umi ni mcm arwah ibu.betul! selalu nasihat kan anak2 dia ni. dah la nakal . sentitif pulak *aku la tu* tapi umi garang. kalau umi marah aku la yang first yang akan nangis pastu pg mintak maaf even tu bukan salah aku pun.

yang ketiga mestilah MT2 yang lain.  anis(rumet aku paling aku sayang), along(penyelaras zoners), abg azim( abg yg kuat latah), iman (kawan baik aku dri sem 1) and last sekali abg nep( abg yg berseni sebab dia amik seni dan ade je hadiah dia nak bg kitaorang).

29 orang tu termasuk aku. semua sekepala. ada yang sama umur, ada yang tua setahun n ade yang tua bertahun2. tapi tak la sampai 5tahun mcm tu. dua tiga tahun je.. 

and........ partners zoners aku !!! akif, sham, daus, kak tirah, kak aini, yana, kak yong n jes. semua ni lahaiiii.. pantang jumpa borak ade je keja.. selalu kena push dengan along kesayangan. hahahaha. 9 orang ni la muka tahan maki caci penghuni.hahahaha. tapi takpeee.. kami lagi sukaaaa....

dulu, aku tak paham kenapa kena ada rules dalam sidang. aku dulu pelik even aku jadi rexco. tapi sekarang baru aku paham. disebabkan aku masuk sidang ni aku tak ramai kawan, akmal tinggalkan aku. hahahah. tapi aku tak kisah. ada saham aku di akhirat nanti. aku selalu ckp dengan anis . aku tak nak habis sidang. kalau boleh biar kekal sampai bila2. agaknya macam tu la kot perasaan abg2 akak2 IMTIYAZ. terima kasih sangat2 kat dorang sebab dah bagi tunjuk ajar yang banyak. especially to.. abg akmal. dia la bg byk sgt motivasi kat aku. tak tahu la aku hormat dia sangat2. *tabik* 

harapan aku satu je . lepas ni even dah abis sidang hubungan kita semua afiliasi.. akan kekal hingga Jannah. aku nak masuk syurga sebab tu aku kata till Jannah. aku masukkan nama2 kalian dalam doa aku termasuk nama abg ..... (cehcehhh)
ps: doakan aku supaya dapat jadi seorang muslimah sejati disisiNYA. 


Monday, 18 January 2016

Dia bukan lelaki yang dicari

Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah aku masih diberi kesihatan dan dapat bersama dengan keluarga tercinta. tajuk entri hari ni adalah 'dia bukan lelaki yang dicari'. ya ! dia.. sejak kebelakangan ni aku sering terganggu dengan emosi diri yang tak kesudah. Dan akhirnya berlaku peleraian aesebuah hubungan. aku akui sem ni banyak sangat kerja. aku busy dengan amanah yang diberikan kepada aku. *aku berjawatan sebagai exco blok* . and yes! aku memang sangat2 suka akan amanah ni. dulu masa sem 2 waktu mula2 aku dapat jawatan ni aku kongsikan kegembiraan dengan akmal. yes. dia salah sorang yang aku sayang masa tu termasuk family aku. tapi lama kelamaan hubungan tu tak lama. aku terpaksa berjarak dengannya. jarang wasap, call apatah lagi. aku buat semua tu bersebab. aku nak jaga nama baik AFILIASI. Sidang yang aku sayang. aku berkorban perasaan aku sebb masa tu dia sakit. sakit buatan makhluk halus. masa tu Allah sahaja yang tahu betapa risaunya aku. aku bagi masa dia untuk recover. aku dpt segala info pun dri kawan baik dia. dia sakit pun aku tak tahu. ya dulu aku agak tak baik. still berhubungan dengan lelaki yang bukan muhrim. aku tahu tu salah. sampai la satu tahap akhir sem 3 ni aku dapat rasakan hubungan aku makin lama makin goyah. aku dah mula bencikan lelaki tu sebab dia selalu berlagak yang dia bakal mmk. faham tak perasaan kau bila kau masih dalam sidang orang macam perkotak katikkan sidang kau ?? tu yang aku rasa! sakit sangat. sampai satu tahap aku cakap dengan dia . stop berangan ! tu hal kau bila kau nak naik sidang depan. and then. sampaila satu masa . masa tu aku ada exam. exam subjek major. ingat lagi hari khamis. wauuu. rasa dia bila kau buka wechat ni tgk moment dia. ' 3 tahun dah tak bermakna. janji tinggal janji' . and aku tahu dia tulis tu pasal aku. aku terus wasap dia bertanyakan hal itu. ternyata betul. dia nak endkan hubungan ni sebb aku terlalu busy. busy dengan AFILIASI . memang aku busy. sebb amanah ni Allah bg pada aku. kalau kau berada ditempat aku mesti kau tahu apa makna amanah. belum lagi setahun. baru berapa bulan. nampaknya dia memang tak sabar dan faham. dulu kemain kata takpa . saya faham tugas awak. ends up dengan benda mcm ni. sakit hanya Allah yang tahu. putus masa exam ! hahaha. satu hari mood kelain. nak baca tak masuk dahhh.. aku berserah je paper masa hari tuuu. tapi aku memang dah agak. lelaki memang macam tu. and aku tgk tweet dia. kata mcm2 pasal aku. pastu retweetes komen dengan ex dia. hahahaha.. dia ingat aku jeles. maaf! sekali kau buat hal dengan aku sampai bila2 aku benci kau. kau panggil dia dengan panggilan manja. ingat aku nak datang melutut pada kau.??? maaf aku bukan seperti yang kau nak. aku bukan penghibur kau dikala kau sunyi. aku ada hati dan perasaan.  nampaknya kau bukan lelaki yang dicari  untuk membimbing aku. TERNYATA BUKAN KAU ! datangla beribu kemaafan pun hati aku belum terbuka untuk maafkan kau. tapi aku tak sedih aebb aku dah sediakan diri aku dari dulu lagi sebelum masuk sidang  . *bila kau dalam organisasi kau akan temui mana satu yang akan stay dengan kau.yang akan selalu dengan kau * ternyata kau bukan salah seorang yang stay tu. aku teringat kata2 seorang mantan. dia sangat baik pada aku even masa mula2 aku dpt masuk sidang dia yang pertama pm aku ucap tahniah then dia kata jd mmk kena kuat. tahan cacian makian penghuni. tahan apa orang buat pada kita. and yes! aku setuju sangat dengan kata2 dia. orang tak akan faham kalau mereka tak ada di tempat kita. so. macam ni la hidup aku sekarang. bahagia bersama keluarga tercinta. dengan ayah dan sahabat2 yang sentiasa menyokong. aku nak sangt cakap terima kasih kat mantan sorang ni. sebab dia. aku kuat sampai sekarang. ! aku kena teruskan kehidupan. Allah makbulkan doa kau untuk dpatkan lelaki yang baik. jadi kau harus bertabah dan semoga aku dapat menjadi seorang hamba Allah yang taat akan perintahNYA. aku yakin jodoh ajal pertemuan Allah dah tetapkan yang terbaik buat aku. doakan aku ! aku mengharapkan doa dari kalian.
#coretancintamujahadah

Saturday, 2 January 2016

Ahlan wasahlan 2016

Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menghirup udara yang di kurniakan oleh Allah SWT. sungguh! aku bersyukur di kurnakan oleh Allah orang2 yang menyayangi aku disekeliling . ayah, kakak2 kawan2 yang selama ni menyokong dan membimbing dari belakang. Syukur ya Allah. aku masih diberi kesempatan untuk bernafas di bumiMu ini . perjalanan seorang mujahadah masih lagi diteruskan. mencari cinta hakiki lagi diberkati. akan ku terus memperjuangkan cinta agamaku. !
#coretancintamujahadah