Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah. Masih dikurniakan nikmat dan dipinjamkan nyawa untuk terus beriman kepada Allah SWT . Hari ini aku nak kongsikan satu lirik lagu yang dimana bagi aku cukup mendalam maksudnya. Pertama kali aku dengar sungguh aku jatuh cinta. Aku suka sangat lagu ini. Banyak maksud mendalam dan aku tersentap.
Ke mana hilang janji & sumpah setia
Menjadi hamba yang Esa
Walau digoda indah dunia
Mengapa kini hanya tinggal kata-kata
Tenggelam dalam lumpur dosa
Kembalilah
Bernafas dalam hela syahadah
Tidakkan jatuh langit menimpa kepala
Jua tak kan retak hamparan
Bumi yang enak dipijak
Namun cukup sekali seru pemilikNya
Seluruh semesta menyerah
Sesungguhnya di akhir yang nyata
Setiap nyawa kan kembali padaNya
Dihimpun, dihitung, semua...
Semat, utuh, apa yang diikrar
Tika, jasad, dihembuskan nyawa
hanya satu yang disembah Allah
Subhanallah...Alhamdulillah...Allah...Allahuakhbar...Oh Ya Allah
Subhanallah...Alhamdulillah...Allah...Allahuakhbar...Oh Ya Allah
Tunduk dan pejamkanlah mata
Rasa kan getaran kalimahNya
Jadi nadi... dalam diri.... suci
Semat, utuh, apa yang diikrar
Tika, jasad, dihembuskan nyawa
hanya satu yang disembah Allah
Subhanallah...Alhamdulillah...Allah...Allahuakhbar...Oh Ya Allah
Subhanallah...Alhamdulillah...Allah...Allahuakhbar...Oh Ya Allah
#lagu ni tajuk dia JANJI KHALIFAH by HIJJAZ
kalau kita amati lagu ni dia mengajak kita kembali ke jalan Allah SWT. Pintu taubat sentiasa terbuka kepada sesiapa yang ingin bertaubat. Sungguh . ! Aku malu dengan Allah SWT . Aku banyak sangat buat dosa. Ingin sekali aku bertaubat. Aku sedang berusaha. Bantu aku ya Allah. Azam aku kali ni aku ingin penuhkan solat aku. Ingin berubah ke arah lebih baik. Aku mendoakan orang disekeliling aku pun begitu juga.
Aku ingin hidup dalam keluarga yang harmoni. Berada di landasan Allah SWT yang benar. Aku takut solat aku tak diterima. Sedangkan orang yang solat pun ada solatnya tidak diterima . Apatah lagi orang yang tidak solat. Lagu ni memberi semangat pada aku. Hayati getaran kalimah 'LAILLAHAILLALLAH.'
PS: doakan aku supaya dapat menjadi muslimah sejati disisiNYA. Doakan aku supaya terus istiqamah. Aku doakan kalian sihat sejahtera. Doakan jodohku panjang bersama si dia.amin. esok aku balik UPSI. menjalankan AMANAH yang diberikan Allah SWT kepada aku dengan baik. Dan hari khamis keputusan exam keluar doakan aku dapat keputusan yang membanggakan ayah dan kakak2 aku. Amin.
No comments:
Post a Comment