Monday, 18 January 2016

Dia bukan lelaki yang dicari

Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah aku masih diberi kesihatan dan dapat bersama dengan keluarga tercinta. tajuk entri hari ni adalah 'dia bukan lelaki yang dicari'. ya ! dia.. sejak kebelakangan ni aku sering terganggu dengan emosi diri yang tak kesudah. Dan akhirnya berlaku peleraian aesebuah hubungan. aku akui sem ni banyak sangat kerja. aku busy dengan amanah yang diberikan kepada aku. *aku berjawatan sebagai exco blok* . and yes! aku memang sangat2 suka akan amanah ni. dulu masa sem 2 waktu mula2 aku dapat jawatan ni aku kongsikan kegembiraan dengan akmal. yes. dia salah sorang yang aku sayang masa tu termasuk family aku. tapi lama kelamaan hubungan tu tak lama. aku terpaksa berjarak dengannya. jarang wasap, call apatah lagi. aku buat semua tu bersebab. aku nak jaga nama baik AFILIASI. Sidang yang aku sayang. aku berkorban perasaan aku sebb masa tu dia sakit. sakit buatan makhluk halus. masa tu Allah sahaja yang tahu betapa risaunya aku. aku bagi masa dia untuk recover. aku dpt segala info pun dri kawan baik dia. dia sakit pun aku tak tahu. ya dulu aku agak tak baik. still berhubungan dengan lelaki yang bukan muhrim. aku tahu tu salah. sampai la satu tahap akhir sem 3 ni aku dapat rasakan hubungan aku makin lama makin goyah. aku dah mula bencikan lelaki tu sebab dia selalu berlagak yang dia bakal mmk. faham tak perasaan kau bila kau masih dalam sidang orang macam perkotak katikkan sidang kau ?? tu yang aku rasa! sakit sangat. sampai satu tahap aku cakap dengan dia . stop berangan ! tu hal kau bila kau nak naik sidang depan. and then. sampaila satu masa . masa tu aku ada exam. exam subjek major. ingat lagi hari khamis. wauuu. rasa dia bila kau buka wechat ni tgk moment dia. ' 3 tahun dah tak bermakna. janji tinggal janji' . and aku tahu dia tulis tu pasal aku. aku terus wasap dia bertanyakan hal itu. ternyata betul. dia nak endkan hubungan ni sebb aku terlalu busy. busy dengan AFILIASI . memang aku busy. sebb amanah ni Allah bg pada aku. kalau kau berada ditempat aku mesti kau tahu apa makna amanah. belum lagi setahun. baru berapa bulan. nampaknya dia memang tak sabar dan faham. dulu kemain kata takpa . saya faham tugas awak. ends up dengan benda mcm ni. sakit hanya Allah yang tahu. putus masa exam ! hahaha. satu hari mood kelain. nak baca tak masuk dahhh.. aku berserah je paper masa hari tuuu. tapi aku memang dah agak. lelaki memang macam tu. and aku tgk tweet dia. kata mcm2 pasal aku. pastu retweetes komen dengan ex dia. hahahaha.. dia ingat aku jeles. maaf! sekali kau buat hal dengan aku sampai bila2 aku benci kau. kau panggil dia dengan panggilan manja. ingat aku nak datang melutut pada kau.??? maaf aku bukan seperti yang kau nak. aku bukan penghibur kau dikala kau sunyi. aku ada hati dan perasaan.  nampaknya kau bukan lelaki yang dicari  untuk membimbing aku. TERNYATA BUKAN KAU ! datangla beribu kemaafan pun hati aku belum terbuka untuk maafkan kau. tapi aku tak sedih aebb aku dah sediakan diri aku dari dulu lagi sebelum masuk sidang  . *bila kau dalam organisasi kau akan temui mana satu yang akan stay dengan kau.yang akan selalu dengan kau * ternyata kau bukan salah seorang yang stay tu. aku teringat kata2 seorang mantan. dia sangat baik pada aku even masa mula2 aku dpt masuk sidang dia yang pertama pm aku ucap tahniah then dia kata jd mmk kena kuat. tahan cacian makian penghuni. tahan apa orang buat pada kita. and yes! aku setuju sangat dengan kata2 dia. orang tak akan faham kalau mereka tak ada di tempat kita. so. macam ni la hidup aku sekarang. bahagia bersama keluarga tercinta. dengan ayah dan sahabat2 yang sentiasa menyokong. aku nak sangt cakap terima kasih kat mantan sorang ni. sebab dia. aku kuat sampai sekarang. ! aku kena teruskan kehidupan. Allah makbulkan doa kau untuk dpatkan lelaki yang baik. jadi kau harus bertabah dan semoga aku dapat menjadi seorang hamba Allah yang taat akan perintahNYA. aku yakin jodoh ajal pertemuan Allah dah tetapkan yang terbaik buat aku. doakan aku ! aku mengharapkan doa dari kalian.
#coretancintamujahadah

No comments:

Post a Comment